Bila waktu terbaik untuk shoot outdoor masa wedding?

Antara kerisauan terbesar bakal pengantin adalah bila tak dapat gambar yang on point disebabkan cuaca & lighting yang katanya bukan ‘golden hour’. Betul ke ada waktu waktu tertentu je yang gambar tu akan jadi cantik? Bila agaknya waktu yang sesuai untuk bakal pengantin nak keluar shoot outdoor nanti? Dalam post kali ni min akan share dengan korang tips beserta contoh gambar yang korang boleh refer untuk outdoor session nanti 🙂

#1 Waktu Pagi

Akad Nikah Farah & Syis @ Sebening Embun Garden, Dengkil | Photographer by Khulafa Studio | Dais by Ara Zainal 

Waktu pagi ni waktu yang selalu akan ada outdoor photoshoot especially yang nikah waktu pagi. Kalau korang jenis yang suka ‘natural lighting’ cerah macamni, kita highly suggest korang untuk ambil waktu ni as korang punya outdoor photoshoot. Kena pulak time tu cuaca cerah tak mendung, memang lagi laa on point gambar korang waktu ni! Lagipun kalau shoot before tengahari at least matahari baru nak naik so kurang la rasa panas terik tu, korang nak posing posing pun takde la rasa terlalu silau ke apa nanti.

Tapi!

Nak shoot outdoor waktu pagi macamni bergantung juga pada tempat korang nak shoot tu. Kalau tempat korang rooftop & open air, kebarangkalian korang akan lebih rasa silau sebab matahari memang akan directly kena dekat korang. Apa apa pun, enjoy je momen masa shoot ni supaya feeling korang kahwin ni dapat dizahirkan dalam gambar gambar nanti. Kalau kita rasa happy, mood & riak muka kita pun akan nampak lagi berseri seri!

Rooftop wedding Isa Isarb & Lisa Nosra @ SkyEglass, Cyberjaya | Photo by Khulafa Studio

#2 Waktu Tengahari

Waktu tengahari ni waktu yang agak mencabar bagi pengantin & shooter sebab matahari dah start naik. Untuk bakal pengantin yang akan outdoor time tengahari camni boleh standby siap siap air, touch up kit, tisu, kipas & towel kecil in case memerlukan kalau korang berpeluh masa shoot.

Kadang kadang pengantin pun tak ada pilihan lain, time ni je yang pengantin free untuk shoot so nak tak nak kena proceed jugak kan? So kita suggest kalau nak outdoor cuba cari kawasan yang teduh supaya korang lebih selesa nak bergambar. Sebenarnya, gambar akan nampak saaangat cantik bila dapat lighting yang terang macamni cumanya kena cari spot yang sesuai supaya korang tak terlalu terdedah pada matahari tauuu.

#3 Waktu Petang

Evening outdoor photoshoot Diyana & Zafir @ Taman Tasik Permaisuri, Cheras

Haa time ni laa yang dikatakan ‘golden hour’ sebab cahaya petang ni ala ala oren kekuningan begitu. Tapi min tak suggest la korang shoot lewat petang sebab kalau dah nak senja jadi makin gelap. Best time is around 4PM ke atas lah sampai matahari dah nak terbenam. Actually waktu ni antara waktu yang best untuk pengantin shoot outdoor sebab matahari dah tak berapa nak terik, dan kalau korang bertuah siap dapat pakej angin sepoi sepoi bahasa lagi!

Evening outdoor photoshoot Husna & Fahmi  @ Taman Saujana Hijau, Putrajaya

#3 Waktu Malam

Night  outdoor photoshoot Afiqah & Faris  @ Villa Istana, Melaka

Peminat peminat wedding malam sila hadirrrr. Korang yang nak outdoor waktu malam ni make sure venue/majlis korang ada pengisian yang menarik macam bunga api kee, lampu lampu liplap ke baru la happening gambar korang nanti! Make sure korang inform photographer tentang venue korang sebelum majlis supaya team photographer boleh standby equipment yang sesuai untuk shoot outdoor korang nanti tau. Here’s are some photos of wedding malam yang korang boleh jadikan inspirasi untuk dream wedding korang nanti 🙂 

Amacam onz tak?

Sebenarnya tiada waktu yang spesifik untuk nak outdoor ni sebabnya setiap waktu tu ada keunikannya yang tersendiri. Yang penting korang semua dah sedia maklum bila waktu yang korang anggarkan akan keluar outdoor. Kalau majlis tu start tengahari of course outdoor korang akan buat lepas majlis which is waktu petang. Jadi pilihan semua di tangan korang, yang penting kena letakkan kepercayaan juga pada team photographer sebab kita akan cuba sedaya upaya untuk pastikan momen momen yang diambil tu tepat pada masanya walau apa jua cabaran yang akan dihadapi nanti 🙂 Semoga dipermudahkan urusan!

KHULAFA STUDIO HQ,
1-2, JALAN DAMAI RAYA 6, ALAM DAMAI 56000 KUALA LUMPUR


© 2024 Khulafa Studio. Website by OptimyzeData