Hukum pengantin lelaki memakai inai

Selalu nampak ada segelintir masyarakat melayu yang masih lagi meneruskan budaya lelaki pakai inai di tiga jari tu kan? Tapi ramai juga yang masih belum cakna tentang hukumnya dalam Islam. Dalam entri post kali ni min akan share serba serbi informasi yang dikumpulkan dari sumber yang sahih, InshaaAllah.

Setelah mengetahui bahawa inai itu adalah perhiasan bagi wanita, maka dalam sebuah hadith yang lain terdapat larangan bagi menyerupai wanita. Sabda Nabi SAW daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma:

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الْمُتَشَبِّهِينَ مِنَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ، وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ‏

Maksudnya: Rasulullah SAW telah melaknat golongan lelaki yang menyerupai wanita dan golongan wanita yang menyerupai lelaki.

Riwayat Al-Bukhari (5885)

Kat bawah ni pun ada reference video ceramah dari UAI berkenaan lelaki yang pakai inai, boleh refer video ni juga okiee. Semoga bermanfaat untuk bakal pengantin semua. Sebagai umat islam, perkara macamni la sepatutnya kita take note ya. Jangan terlalu ikutkan adat, letakkan agama yang utama. InshaAllah, majlis kita sentiasa diberkati. Aamiin Ya Mujib 🙂

KHULAFA STUDIO HQ,
1-2, JALAN DAMAI RAYA 6, ALAM DAMAI 56000 KUALA LUMPUR


© 2024 Khulafa Studio. Website by OptimyzeData